Monday, February 26, 2007
Sunday, February 25, 2007
Salam Ukhwah!
Salam perkenalan buat semua pembaca blog saya!
Pelajar-pelajar yang mengenali saya,
Rakan-rakan seperjuangan saya yang sudah lama berkecimpung dalam dunia pendidikan,
marilah kita bersama-sama berkongsi pengalaman, tips pengajaran dan apa saja perkara yang membawa manfaat bagi kita dan pelajar agar kita dapat memperbaiki diri dan meningkatkan keimanan.
Saya Cikgu Hakim, seorang pendidik yang sudah 15 tahun berpengalaman mengajar matapelajaran Bahasa Melayu, di sekolah rendah dan menengah. Tujuan blog ini ialah untuk saya membuat catatan saya mengharungi cabaran mengajar di alaf baru ini dan menyediakan contoh-contoh karangan baik para pelajar saya yang boleh dikongsi bersama supaya penguasaan Bahasa Melayu setiap pelajar dapat dipertingkatkan.
Sebagai permulaan, saya hanya mahu berceloteh sahaja di laman blog saya ini. Pada masa yang akan datang, saya akan memuatkan hasil karya pelajar saya yang boleh para pelajar lain memanfaatkannya, al-maklum, saya masih belum mahir lagi untuk memuat-turunkan karya pelajar ke dalam blog saya ini. Saya juga bukan lah mahir dalam bidang IT ini, berbanding dengan para pelajar sekarang ini yang memang pakar dalam bidang komputer dan teknologi maklumat.
Walau bagaimanapun, sebagai seorang guru, yang boleh dikatakan bukan muda lagi, semangat untuk belajar yang baru tetap menyala dan sememangnya mahu menyahut cabaran negara agar sentiasa meningkatkan diri dan belajar sepanjang hayat walaupun umur sudah meningkat senja. Lagipun, dalam agama Islam juga memang kita digalakkan sentiasa mengejar ilmu walau hingga ke negeri Cina dan ke liang lahad juga. Jadi, walau usia sudah meningkat, kita hendaklah sentiasa belajar bukan sahaja ilmu duniawi tetapi juga ukhrawi.
Sebenarnya saya mahu terus menulis lagi, tetapi saya terpaksa meminta diri dulu sebelum pembaca berasa bosan pula. Hingga ketemu lagi di blog yang akan datang, sambutlah salam perkenalan daripada saya, Cikgu Hakim.
Salam manis,
Cikgu Hakim

Subscribe to:
Posts (Atom)